Stare decisis dalam sistem perundangan sivil Duluan kehakiman

Stare decisis tidak lazim digunakan dalam sistem perundangan sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif boleh membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh mahkamah-mahkamah rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh Cour de cassation dan Conseil d'État di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.

Doktrin stare decisis juga mempengaruhi bagaimana keputusan mahkamah disusun. Secara amnya, keputusan mahkamah dalam bidang kuasa common law amat panjang dan menerangkan secara terperinci bagaimana satu keputusan dicapai. Ini berlaku untuk menjustifikasikan satu keputusan berdasarkan undang-undang kes terdahulu disamping menyenangkan penggunaannya sebagai duluan dalam kes-kes masa depan.

Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sususan mahkamah dalam bidang kuasa undang-undang sivil (antara yang paling prominen merupakan Perancis) yang pendek dan menotakan perundangan yang relevan serta tidak terus berhujah tentang bagaimana satu keputusan dicapai. Ini adalah keputusan pandangan teori yang menyatakan bahawa suatu mahkamah hanya mentafsirkan pandangan legislatif dan penerangan terperinci tidak perlu. Oleh sebab ini, kebanyakan penerangan mengenai undang-undang tidak dilakukan oleh para hakim, malah sebaliknya cendiakiawan-cendiakiawan akademik undang-undang yang membuat keterangan.

Dalam bindang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih panjang daripada yang terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan tulisan akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah mahkamah seperti mahkamah-mahkamah Jerman tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih mengambil berat mengenai argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.